PEMERIKSAAN PREMIS MENGEDAR DAN MENJUAL PENGIMBAS SUHU INFRARED TANPA SENTUH (INSPECTION ON PREMISE SUPPLYING AND SELLING NON-CONTACT INFRARED THERMOMETERS)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) mengambil maklum mengenai isu pengimbas suhu infrared tanpa sentuh yang dikatakan tidak memberi bacaan suhu yang tepat yang dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan baru-baru ini. Kami ingin memaklumkan pengimbas suhu infrared tanpa sentuh yang digunakan untuk mengukur suhu badan manusia bagi mengesan penyakit atau kondisi perubatan (medical condition) dikategorikan sebagai peranti perubatan yang berada di dalam kelas B iaitu peranti perubatan berisiko sederhana rendah. Oleh itu, ia tertakluk kepada kawalan perundangan yang digariskan di dalam Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan peraturan-peraturan di bawahnya.
( The Ministry of Health (MOH) through the Medical Devices Authority (MDA) has taken note of the issue of non-touch infrared temperature scanners that do not provide accurate temperature readings reported by several local newspapers recently. We would like to inform the touchless infrared temperature scanners used to measure human body temperature to detect disease or medical condition categorized as medical devices that are in class B, low-risk medical devices. Therefore, it is subject to the legal controls set out in the Medical Devices Act 2012 (Act 737) and the regulations thereunder. )
For more information, please visit link below;
Source : https://www.mda.gov.my/news/560-pemeriksaan-premis-mengedar-dan-menjual-pengimbas-suhu-infrared-tanpa-sentuh.html
Source : https://www.mda.gov.my/announcement/558-kenyataan-akhbar-pengimbas-suhu-infrared-tanpa-sentuh-non-contact-infrared-thermometers.html